Saturday, 4 April 2015

TIPS KURUS BERSAMA L'AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM




L'AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM 

ini adalah produk...

✔ Menggunakan teknologi Apple Stem Cell terkini dari Mibelle Biochemistry Switzerland.

✔ Produk lebih mantap dan lebih cepat menurunkan berat badan anda dari semua produk yang pernah ada.

✔ Ibu-ibu lepas bersalin pasti ada selulit dan stretch mark di bahagian perut. Tak perlu ke pusat slimming yang harga ribu-ribu untuk treatment. Kini anda boleh lakukan sendiri di rumah. Hanya dengan sapuan sahaja. Mudah dan sangat berbaloi.
* Juga sesuai bagi kaum bapa atau yang rajin ke gym utk mendapatkan kembali "six pax" anda.

✔ Dibuat daripada bahan semulajadi tanpa kimia. Kandungan L'arome seperti berikut:

- PhytoCellTech Malus Domestica (Apple Stem Cell)
- Methyl Nicotinate
- Actin Heat
- Cucurbita Pepo (Pumpkin) Seed Extract
- Lemon Grass Essential Oil / White Musk Fragrance




7 MANFAAT TERHEBAT L'AROME:


✔ HILANGKAN PERUT MEREKAH (STRETCH MARK)
✔ SELESAIKAN MASALAH & PENYAKIT KULIT
✔ HILANGKAN PARUT
✔ BUANG SELULIT
✔ PECAHKAN LEMAK-LEMAK DEGIL
✔ RATAKAN PERUT
✔ CANTIKKAN KULIT

Nota:

Amat cepat meresap dan tiada kesan minyak pada tangan dan bahagian-bahagian yang telah disapu. Boleh juga disapukan pada double chin.
Mengeluarkan angin-angin dalam badan. Jangan terkena mata dan mulut. Basuh tangan selepas mengambil produk ini.

Cara yg berkesan utk Menggunakan L'arome:


(Sebaiknya ukur dulu sebelum guna L'arome)

●Pastikan diri dalam keadaan Bersih iaitu selepas mandi.
●Pastikan permukaan sapuan kering, bebas dari air.
●Picitkan Serum ditangan bermula dengan 1 Punch dahulu. Jika kurang Panas, tingkatkan penggunaan sehingga rasa panas yg selesa. (MAKSIMUM TIADA HAD JIKA BOLEH TAHAN KEPANASAN TERSEBUT)
●Sapukan secara bulatan arah lawan jam utk serum tersebut meresap ke dalam Liang2 roma dengan sempurna. Sapu sehingga kering. (Kalau boleh, tepuk-tepukkan permukaan sapuan, utk lebih cepat serum meresap kedalam liang roma)
●Gunakan Konsisten 2 kali sehari, Pagi dan Malam.
●Teruskan langkah2 ini secara berterusan sehingga anda nampak kesannya.


Kesan-kesan Awal menggunakan L'arome:

●Akan terasa panas tetapi akan hilang kepanasan tersebut secara berperingkat.
●Akan terlihat kulit bertukar menjadi kemerahan (ini kerana kesan pembakaran lemak sedang berlaku)
●Akan rasa sedikit gatal2. Ini Normal. (Ini kerana Kesan daripada Toksin2 yg dibakar oleh L'arome sedang berlaku)
Ini semua hanya akan berlaku di permulaan penggunaan sahaja.

***Awas!! :
•Jangan terkena mata atau alat sulit.
•Pastikan tangan yg diguna utk sapuan, di basuh bersih menggunakan sabun.
•Jangan sapu terlalu banyak, kerana serum ini panas.
********************
Selamat Melarome semua....
Biar masalah kita sulit, jangan ada selulit... ;-)



BERMINAT UNTUK TIDAK MENYULITKAN MASALAH SELULIT ANDA???????

WHATSSAP 012-2848437 ATAU CALL 019-6085685 ( ayu )



Friday, 3 April 2015

10 ‪‎TIPS‬ Menjadi Jutawan Sebelum Umur 30 Tahun

Post kali ini diambil dari tips-tips yang telah ditulis oleh Grant Cardone di website Entreprenuer.com  . Beliau adalah seorang jutawan, pakar motivasi, penulis dan juga merupakan seorang pakar jualan antarabangsa .



Pada umur 21 tahun, beliau baru sahaja tamat belajar di kolej dan berada dalam keadaan pokai serta banyak hutang. Namun, pada umur 30 tahun, beliau telah berjaya menjadi jutawan.

Berikut 10 langkah dan nasihat beliau kepada sesiapa yang mahu menjadi jutawan sebelum umur 30 tahun (atau kurang dalam masa 10 tahun).

#1 Tambah Pendapatan





Dalam ekonomi dunia hari ini, anda tidak lagi boleh sekadar berjimat-cermat untuk menjadi jutawan. Tetapi , langkah pertama yang perlu anda lakukan dan fokus adalah kepada menambah pendapatan. Selalu tambah dan naikan pendapatan anda dan ulangi ia berulang-ulangkali. Pendapatan saya pada mulanya hanya $3,000 sebulan dan 9 tahun selepas itu, pendapatan saya ialah $20,000 sebulan.

#2 Jangan Menunjuk-nunjuk, Tetapi Tunjukkan Diri Anda.





Saya tidak membeli sebarang jam atau kereta mewah, sehinggalah pendapatan saya benar-benar stabil dan datang dari pelbagai sumber. Saya masih lagi menaiki Toyota Camry walaupun saya sudah bergelar jutawan. Jadikan diri anda terkenal disebabkan oleh etika kerja anda dan bukannya disebabkan barang-barang mewah yang anda beli.


#3 Simpan Untuk Melabur, Bukan Simpan Untuk Keselamatan.




Satu-satunya sebab anda perlu berjimat dan menyimpan wang anda adalah sebab mahu melabur. Simpan wang anda di dalam akaun yang selamat dan di tidak boleh anda sentuh. Jangan gunakan wang di dalam akaun ini untuk apa-apa pun, termasuk untuk perkara-perkara kecemasan. Ini akan memaksa anda terus melakukan tips no 1 diatas. Setiap 2 kali setahun, saya akan keluarkan lebihan simpanan saya itu dan melabur ke pelaburan-pelaburan yang saya tidak boleh usik atau keluarkan.


#4Elakkan Hutang Yang Tidak Membayar Anda.




Jadikan ia satu peraturan. Jangan berhutang kepada sesuatu yang tidak mempu menjana dan memberikan anda pulangan wang. Saya hanya meminjam duit untuk membeli kereta kerana saya tahu ianya boleh membantu saya meningkatkan pendapatan saya. Orang kaya akan menggunakan hutang untuk menambahkan kekayaan  diri mereka. Manakala , orang miskin berhutang untuk menjadikan orang kaya terus kaya.


#5 Layan Wang Seperti Kekasih Yang Kuat Cemburu.





Ramai orang inginkan kebebasan kewangan, tetapi hanya mereka yang betul-betul mengutamakannya sahaja yang berjaya menjadi jutawan. Untuk menjadi kaya dan kekal kaya, anda perlu meletakkan ia sebagai perkara yang utama dalam hidup anda. Wang adalah seperti kekasih yang kuat cemburu dan sentiasa inginkan perhatian. Jika anda abaikan mereka, maka mereka akan abaikan anda. Lebih teruk lagi, mereka akan meninggalkan anda dan pergi kepada orang-orang yang mengutamakan mereka dan melayan mereka dengan baik.


#6 Wang Tidak Pernah Tidur



Wang tidak tahu tentang jam, jadual bekerja, hari cuti dan sebagainya, oleh itu anda juga perlu begitu. Wang suka kepada orang yang mempunyai cara kerja yang hebat. Ketika saya berumur 26 tahun, saya bekerja di kedai runcit, dan kedai tersebut tutup pada pukul 7 malam, tetapi selalunya, anda masih boleh menjumpai saya di kedai tersebut pada pukul 11 malam dan sedang membuat jualan tambahan. Saya tidak perlu  menjadi orang yang lebih bijak atau lebih bernasib baik, saya hanya perlu pastikan saya bekerja lebih kuat dari orang lain.


#7 Miskin Bukan Satu Pilihan.




Saya pernah menjadi miskin dan ianya sangat teruk. Hapuskan sebarang pemikiran yang mengatakan menjadi miskin adalah sesuatu yang OK. Bill Gates pernah berkata.. “Jika anda lahir dalam keadaan miskin, ia bukan salah anda. Tetapi, jika anda mati dalam keadaan miskin, ia memang salah anda”.

#8 Dapatkan Mentor Jutawan



Kebanyakkan kita lahir dari keluarga pertengahan ataupun miskin, tetapi jangan hadkan diri anda untuk berada dalam kelompok tersebut sahaja. Saya telah mengkaji para jutawan tentang apa yang mereka lakukan dan apa yang boleh dicontohi. Kebanyakkan orang kaya adalah sangat baik dan pemurah dengan ilmu dan sumber mereka. Jadi, dapatkan seorang mentor jutawan untuk diri anda dan kaji mereka.


#9 Paksa Wang Anda Lakukan Kerja-kerja Berat




Pelaburan adalah merupakan cara yang terbaik untuk menjadikan anda jutawan dan anda perlu pastikan anda buat lebih banyak wang menerusi pelaburan berbanding dari pekerjaan anda. Jangan sesekali melabur jika anda tidak mempunyai wang simpanan lebihan. Syarikat kedua yang saya mulakan, memerlukan saya melabur sebanyak $50,000. Namun, syarikat tersebut membayar saya semula sebanyak $50,000 pada setiap bulan sejak 10 tahun yang lalu. Pelaburan ketiga saya adalah di dalam bidang hartanah dimana saya memulakannya dengan $350,000.  Ianya merupakan sebahagian besar nilai bersih saya pada waktu itu. Hari ini, saya masih memiliki hartanah tersebut dan ianya masih memberikan saya pulangan pendapatan.

#10 Sasarkan $10 juta, Bukan $1 juta.



Satu kesilapan kewangan yang saya lakukan sebelum ini ialah, saya tidak berfikir dengan cukup besar. Oleh itu, saya galakkan anda berusaha dan mensasarkan wang lebih dari 1 juta. Tiada sebarang keterbatasan wang di dalam dunia ini, yang ada hanyalah keterbatasan pemikiran manusia untuk berfikir dengan lebih besar.

Amalkan 10 tips ini dan anda pasti akan menjadi kaya. Jauhi skim cepat kaya, jangan berputus asa, lakukan ia dengan beretika dan apabila anda sudah berjaya mencapainya, bantulah orang lain untuk turut mencapainya.

Sumber : Entrepreneur.com

Tuesday, 31 March 2015

Sewa Dewan Seminar: Dewan Seminar Untuk Disewa

Sewa Dewan Seminar: Dewan Seminar Untuk Disewa: Pening mencari lokasi seminar? Semua dewan habis ditempah? Kami menyediakan kemudahan ruang seminar yang kondusif , berpatut...

Sulaiman Al Rajhi: Jutawan Islam Yang Kaya Dunia Dan Akhirat

Bismillah........


Kenali Jutawan Fii Dunya Wal Akhirah ini ; Sulaiman Al Rajhi. Semoga menjadi INSPIRASI untuk kita dan sama-sama cenderung untuk 'mewajibkan' diri kita semua untuk menjadi KAYA Dunia Akhirat dan seterusnya dapat membantu Memperkasakan Ummah!




Latar Belakang Sheikh Sulaiman bin Abdul Aziz Al Rajhi – Daripada Padang Pasir Akhirnya Ke Mata Dunia

Sulaiman Al Rajhi lahir pada tahun 1920, merupakan seorang tokoh korporat dan jutawan berbangsa Arab Saudi. Beliau menerima pendidikan terakhirnya daripada Universiti King Abdul Aziz di Arab Saudi. Beliau merupakan pengerusi kepada Bank Al Rajhi, salah satu syarikat terbesar di Arab Saudi dan bank Islam yang terbesar di seluruh dunia. Sulaiman Al Rajhi merupakan seorang jutawan Arab yang hebat. Pada tahun 2011, Forbes telah menyenaraikan beliau sebagai seorang yang berpengaruh dan merupakan orang yang ke 120 terkaya di dunia. Beliau juga dikatakan antara 10 orang yang terkaya di Arab Saudi!

Sulaiman Al Rajhi bukanlah seorang yang lahir dalam keluarga yang berada dan bukan juga seorang yang berketurunan diraja. Beliau membesar di padang pasir Nejd dan bersama-sama saudara kandungnya, Saleh Al Rajhi telah memulakan perniagaan menukar wang untuk pengembara yang merentasi padang pasir ke Bandar Mekah dan Madinah.

Banyak syarikat yang telah ditubuhkan oleh Sulaiman Al Rajhi antaranya ialah Bank Al Rajhi, Pusat Penternakan Ayam al-Watania dan Pusat Pertanian Al-Watania.

Sulaiman Al Rajhi juga merupakan pengasas kepada Yayasan Kebajikan Sulaiman Al Rajhi yang juga dikenali sebagai Yayasan SAAR yang merupakan sebuah organisasi kebajikan dan amal yang terkemuka di dunia.

Kini selepas pengagihan hartanya dibuat, fokus Sulaiman Al Rajhi lebih kepada kerja-kerja amal seperti menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Yayasan SAAR.
Walaupun usianya sudah mencecah lebih 90 tahun, Sulaiman Al Rajhi masih lagi aktif dalam menguruskan hal-hal perniagaan beliau


Bank Al Rajhi – Perbankan Secara Islam





Di kala usia mudanya, beliau berpengalaman dalam aktiviti penukaran mata wang. Pengalaman yang dikutipnya ini dijadikan asas dan panduannya untuk menubuhkan Bank Al Rajhi, dan seterusnya menjadikannya pemegang saham terbesar untuk syarikat itu. 

Abang beliau Sheikh Saleh Bin Abdul Aziz Al Rajhi juga turut menjadi tulang belakangnya dalam merancang penubuhan serta menguruskan Bank Al Rajhi. Sulaiman Al Rajhi adalah seorang yang bijak mentadbir dan menjalankan urusan perniagaannya sehingga Bank Al Rajhi dilaporkan mencatat keuntungan yang paling tinggi jika dibandingkan dengan bank-bank lain di Arab Saudi.

Menceritakan semula detik permulaan perbankan secara Islam, melalui satu wawancara media yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi daripada Al-Eqtisadiah Business Daily, Sulaiman Al Rajhi telah menceritakan bagaimana pada lebih 30 tahun dahulu, beliau telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Pengurus Bank of England untuk berbincang mengenai perbankan secara Islam.

Beliau menegaskan bahawa bayaran ‘faedah’ adalah riba yang haram bagi kedua-dua agama Islam dan Kristian, dan mengesyorkan perbankan secara Islam sebagai penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Setelah idea dan fakta-fakta yang dibincangkan ini diterima, beliau kemudiannya telah pergi ke serata dunia untuk berjumpa dengan ketua-ketua bank negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam.

Perbankan secara Islam yang mendapat sokongan mufti besar, Sheikh Abdul Aziz Bin Baz ini kemudiannya mula diterima di mata dunia dan dilaksanakan di negara Arab dan juga di kota London.

Terkini, Bank Al-Rajhi telah mempunyai sebanyak 570 cawangan di seluruh dunia. Pada Oktober 2006, Bank Al Rajhi telah membuka cawangannya di Malaysia dan sebanyak 25 cawangan bank nya sudah dibuka sehingga kini, 15 di Lembah Kelang, satu masing-masing di Johor Bahru, Melaka, Penang, Ipoh, Kota Bharu, Kuantan, Kuching, Sg. Petani dan Kota Kinabalu. Bank Al Rajhi juga telah dianugerahkan beberapa anugerah di peringkat antarabangsa.



Pusat Penternakan Ayam & Pusat Pertanian Al-Watania beserta Universiti Sulaiman Al Rajhi.

Pusat Penternakan Ayam al-Watania


“Dan janganlah kamu makan daripada apa (daging haiwan) yang ketika disembelih tidak disebut nama Allah, perbuatan itu benar-benar suatu kefasiqan..” – Surah Al-An ‘am ayat 121.

Sulaiman Al Rajhi seorang yang amat sensitif dalam etika penternakan haiwan ternakan. Ketika beliau mengadakan lawatan ke ladang ternakan di luar negara, beliau telah melihat dengan matanya sendiri proses penternakan yang ada. 

Beliau merasakan proses yang dilakukan pada ketika itu adalah salah dari segi syariah. Beliau kemudiannya memutuskan untuk menceburi bidang ternakan dengan menubuhkan Pusat Penternakan Ayam al-Watania yang terletak di Bandar Qassim, Arab Saudi. 

Ayam-ayam di ladang ternakannya ini diternak dengan baik, diberi makan dengan sempurna dan disembelih secara halal mengikut undang-undang syariah. Kini syarikat ini telah berjaya mengeluarkan setengah juta ayam dan satu juta telur setiap hari dan menguasai 40% pasaran di Arab Saudi dan merupakan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.

Pusat Pertanian Al-Watania





Sulaiman Al Rajhi juga telah melabur lebih USD 250 juta dalam pertanian secara organik untuk memastikan masyarakat dapat makan makanan yang bebas daripada bahan kimia berbahaya. Syarikat Pertanian Al-Watania yang ditubuhkan pada tahun 1982 kini telah menjadi salah satu syarikat pertanian terkemuka di Arab Saudi. 

Syarikat ini telah banyak melakukan penyelidikan terhadap tanaman secara organik dan berbangga dengan produk pertanian nya yang menggunakan baja organik sepenuhnya. Beribu pejabat di kota Riyadh, syarikat ini mempunyai ladang yang terletak di utara, tengah dan selatan Arab Saudi.
Universiti Sulaiman Al Rajhi
Selain itu, Sulaiman Al Rajhi juga telah menubuhkan Universiti Sulaiman Al Rajhi yang fokus utamanya adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang antaranya kesihatan dan perbankan Islam. 

Kelahiran pelajar daripada universiti yang terletak di daerah Qassim, Arab Saudi ini juga dilihat dapat memenuhi keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara Arab Saudi.

InsyaAllah, kami akan membawa anda mengenali keperibadian seorang Jutawan yang pernah menggemparkan dunia dengan pemindahan Harta sebanyak USD7.7Billion ( Anggaran daripada majalah Forbes )itu kepada anak-anak beliau dan sebahagian besar yang lain kepada badan-badan amal dan kebajikan. 

Dengan bantuan agensi-agensi yang berkaitan, pengagihan harta perniagaannya termasuklah saham dan hartanah miliknya telah berjaya dilakukan dan seterusnya menjadikan beliau insan yang ‘miskin’ semula dan hanya tinggal ‘sehelai sepinggang’. Subhanallah!!!


 Keperibadian Sulaiman Al Rajhi





Kejayaan sentiasa berpihak kepada Sulaiman Al Rajhi, tak kira apa jua bidang yang diceburinya. Namun beliau juga tidak pernah terlepas daripada dugaan Allah S.W.T, antaranya apabila kilang ternakan beliau hangus terbakar dijilat api. 

Peristiwa ini berlaku bukan sekali tetapi dua kali kilang yang berlainan menghadapi masalah kebakaran. Apabila diberitahu perihal kejadian itu oleh kakitangan syarikatnya, beliau tampak sabar dan tabah dan hanya mengucapkan ‘Alhamdulillah’. 

Beliau kemudiannya meminta agar pengurusan syarikat kilangnya itu berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan yang dialami sehingga semuanya dapat dibaiki.

Sulaiman Al Rajhi bersifat suka merendah diri dan turut memiliki pegangan saham syarikat penerbangan namun tidak berminat untuk memiliki jet peribadi. Katanya beliau lebih suka menaiki penerbangan kelas ekonomi, baginya Allah tidak memberikannya harta untuk ditunjuk-tunjuk kepada orang ramai. 

Beliau juga seorang yang sangat suka bersedekah dan baru-baru ini telah membuat amal dengan memberi makan kepada hampir 3 juta jemaah haji yang mengerjakan wuquf di Arafah. 

Sulaiman Al Rajhi tidak hanya menyediakan wang dan mengupah orang memasak hidangan itu, tetapi beliau sendiri telah ‘turun padang’ dan terlibat secara aktif bersama-sama lebih daripada 800 tukang masak yang diupah untuk penyediaan hidangan itu. 

Sesuatu yang dipelajarinya pada awal pembabitannya dalam urusan perniagaan, ialah untuk menepati masa. Pernah katanya temu janjinya untuk berjumpa dengan seorang pegawai di Eropah dibatalkan hanya kerana beliau terlewat beberapa minit untuk temu janji itu. 

Sejak daripada peristiwa itu, beliau telah mendisiplinkan dirinya untuk lebih menepati masa. Beliau juga sering membawa buku nota kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan akan sentiasa merujuk buku nota nya untuk memastikan beliau tidak lupa apa-apa aktiviti atau temu janji yang telah dijadualkan.

Ketegasannya dengan prinsip Islam amat digeruni, pernah beliau keluar daripada satu majlis makan malam apabila mengetahui terdapat program hiburan di majlis makan malam itu. Setelah pembatalan program hiburan tersebut, dan setelah dijemput semula oleh menteri yang terbabit barulah beliau menyertai semula majlis makan malam itu.

Kerajaan Arab Saudi juga telah menganugerahkan beliau Anugerah Antarabangsa Raja Faisal 2012 dalam satu acara gilang gemilang yang telah diadakan di Riyadh. Beliau telah dipilih untuk menerima anugerah ini atas jasa dan peranan besar beliau dalam mewujudkan perbankan Islam yang terbesar selaras dengan ajaran Syariah. 

Beliau juga diiktiraf atas segala jasa beliau seperti sokongan kewangan yang diberikan, mencetak ratusan ribu salinan Al-Quran dan mengedarkan nya secara percuma ke seluruh dunia, terutamanya di Afrika, pembinaan masjid dan sumbangan tak terkira beliau dalam pembangunan sosio-ekonomi.

Semoga jasa dan bakti yang telah beliau taburkan diingati selalu. Marilah kita sama-sama berdoa agar usianya dipanjangkan dan hidupnya diberkati Allah dunia dan akhirat.

Semoga kita semua mengambil nilai-nilai murni yang ada di dalam diri Jutawan ini, untuk sama-sama kita amati, seterusnya menjadikan beliau INSPIRASI di dalam kehidupan kita sehari-harian, biidznillah! InsyaAllah!!

#ihi #ilmuhidupkaniman #myfon #drawzania


Jom like page :

Ilmu Hidupkan Iman
IHI Business Pesantren
Inspirasi Hidup Insan
Insan Helping Insan
MyFon Prepaid Card



Coretan Wanita Kerdil Akhirul Zaman
Sumayyah;
Mencari Jalan Pulang


ISTIDRAJ

Dengan sifat ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, setiap manusia merasai nikmat daripadaNya sama ada mereka beriman atau sebaliknya. 
.
Malah dari satu sudut, kadang kala kita melihat golongan hambaNya yang taat, masih lagi berada dalam keadaan kesusahan dan kesempitan hidup. Manakala golongan satu lagi yang bergelumang dengan dosa dan noda, terus memperoleh nikmat kesenangan hidup yang banyak.
.
“Inilah yang dinamakan ISTIDRAJ iaitu pemberian nikmat ALLAH kepada manusia yang mana pemberian itu sebenarnya tidak diredai olehNya" 



#ihi #ilmuhidupkaniman #myfon #drawzania


Jom like page :

Ilmu Hidupkan Iman
IHI Business Pesantren
Inspirasi Hidup Insan
Insan Helping Insan
MyFon Prepaid Card



Coretan Wanita Kerdil Akhirul Zaman
Sumayyah;
Mencari Jalan Pulang

Monday, 30 March 2015

MyFon Prepaid Card : Pemudahcara Ibu Ayah berhubung dengan anak-anak di Sekolah

Ingin berkomunikasi dengan anak-anak di sekolah? Tetapi Gajet adalah barang terlarang?Bimbang anak-anak anda hilang tumpuan semasa proses pembelajaran?

Kami di MyFon ada penyelesaiannya!

DenganTeknologi Dua Sim Kad yang Pertama Di Asia, MyFon berupaya untuk menghubungkan Ibu Ayah dan anak anak di sekolah tanpa perlu membawa Telefon Bimbit ke Sekolah.
YA! hanya dengan satu kad pintar anak-anak anda mampu untuk membuat dan menerima panggilan, menghantar dan menerima SMS melalui MyFon Public Phone kami.

MyFon! Not your Fon ;)

Anda masih ingat dengan telefon bimbit prasejarah ini?


Yang selalu kita lihat menjadi bekas minuman untuk bekalan sewaktu kita di sekolah rendah dahulu..... antenanya adalah penyedut minuman.... hehehehehhe!!!
Memang mengimbau memori indah diwaktu silam...
MyFon adalah merupakan program perkongsian keuntungan yang julung-julung kalinya menekankan kesamarataan perkongsian untung, 
yang mana tak banyak syarikat telekomunikasi mempunyai kesediaan utnuk memberikan pulangan yang banyak kepada pengedar-pengedar produk Telco mereka...
Bersama MyFon, pengedar akan menerima pelbagai insentif yang banyak, dengan kaedah pemasaran yang sangat mudah... Anda akan berasa berpuas hati dengan keuntungan yang bakal anda terima...

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung Telco dwi simkad PERTAMA di dunia ini, sila layari www.myfon.com.my atau datanglah secara terus ke Imran Hadi International, 76-2, Jalan PJU5/21. Encorp Strand Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor... sesi penerangan adalah 2 sesi... sesi pagi pada 10pg... sesi petang pada jam 230 petang...
Anda akan terkejut dengan jumlah pengiraan keuntungan yang bakal anda ketahui melalui training ini..